Saturday, October 30, 2010

Tips:Jom belajar Exposure


9:32 AM |

Salah satu Exposure Triangle yang senang difahami
  Exposure control merupakan salah satu elemen didalam dunia fotografi yang seharusnya tidak dipandang enteng.Kemahiran mengawal exposure membolehkan anda bertukar dari mode auto kepada mode manual.Belajar fotografi juga ibarat orang yang sedang belajar memandu kereta,terdapat 3 benda yang perlu dilakukan dengan tepat iaitu Clutch.Brake dan Throttle.Ketiga-tiga benda ini perlu diselaraskan mengikut keperluan dan keadaan pemanduan supaya pemanduan bergerak lancar.

  Berbalik kepada dunia fotografi,terdapat 3 elemen utama yang perlu diambil perhatian,iaitu Shutter speed,ISO dan aperture.Ketiga-tiga benda ini tidak ubah seperti analogi memandu kereta yang telah saya nyatakan tadi.Setiap satunya perlu diaplikasikan dengan tepat untuk menghasilkan exposure yang bagus.


Secara ringkasnya:
ISO:Semakin besar ISO,semakin sensitif terhadap cahaya
Shutter speed:Semakin lama shutter speed dibuka,semakin banyak cahaya yang terdedah pada Image sensor @ filem.
Aperture:Semakin kecil number aperture,semakin besar kadar bukaan dan semakin banyak cahaya terdedah pada Image sensor @ filem.

Exposure analogy

  Bayangkan anda berada didalam sebuah bilik yang mempunyai satu tingkap,bilik itu tidak mempunyai sebarang sumber cahaya lain kecuali jika tingkap itu dibuka.Sekarang cuba anda bayangkan yang anda sedang memakai cermin mata hitam didalam bilik tersebut.Sekarang,anggapkan kelajuan anda membuka dan menutup tingkap  sebagai Shutter Speed,Kehitaman cermin mata anda sebagai ISO dan keluasan kadar bukaan tingkap tersebut sebagai aperture.

  Semakin cerah cermin mata yang anda pakai menunjukkan semakin besar ISO,dalam keadaan ini,kadar bukaan tingkap yang sedikit dan pada kelajuan yang tinggi sudah mampu membolehkan anda melihat objek didalam bilik tersebut.

  Sekarang cuba anda buka dan tutup tingkap dengan kelajuan yang berbeza (Shutter Speed),semakin perlahan kadar buka dan tutup tingkap tersebut,semakin banyak objek yang jelas kelihatan berbanding jika tingkap tersebut dibuka dan ditutup dengan cepat.

  Buka tingkap seluas-luasnya (Aperture), dan lihatlah hasilnya..bandingkan jika bukaan tingkap itu adalah sempit.Adakah anda dapat melihat objek didalam bilik dengan baik?


You Might Also Like :


1 comments:

Azlina Sidek said...

boleh x ajar untuk capture gambar waktu malam...saya menggunakan dslr canon 1000D...i'm new beginner :)

Post a Comment