royalty free images

Saturday, October 2, 2010

Perlu atau tidak untuk menjadi photographer?


1:43 PM |


Ini persolan yang pertama yang sering menjadi persoalan di kalangan orang-orang yang tidak mengenal apa itu keindahan di sebalik hobi SLR ini.
Setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri tentang hobi yang agak "berduit" ini.

Jadi, bagaimana dengan saya? Bagi saya, hobi fotografi adalah salah satu hobi yang sihat yang mempunyai banyak nilai-nilai murni terselit di sebalik dunia fotodigital ini. Selepas menceburi hobi ini, saya lebih mensyukuri keindahan dunia milik Tuhan dengan melihat pelbagai adegan dan pemandangan yang menarik di sekeliling saya yang tak pernah dipandang mata sebelum ini .


Mahal? Ya. Saya akui, hobi ini memerlukan belanja yang agak besar. Tetapi pilihan di tangan kita. Sebagai contoh, entri level DSLR kamera bernilai disekitar RM1.6k - RM3k seunit sahaja bagi set kit (Body+basic lens) di pasaran. Tetapi kita ada pilihan lain. Sebagai contoh, Nikon D3000, D60, D40 atau varian Canon 1000D , 400D hanya berharga sekitar bawah RM1.5k di internet (Mudah.my). Tetapi ingat! Selidik dahulu sebelum beli.

Lots of fun sebenarnya. Memiliki kamera DSLR nie ada sedikit kelebihan. Selain daripada kualiti gambar yang ternyata lebih baik dari point and shoot camera (compact camera), pemilik DSLR umpama telah diberikan license untuk mengambil gambar orang-orang di sekitar anda. Sebagai contoh; dalam mana-mana majlis formal atau tidak, pemilik DSLR boleh aje mengambil gambar sesiapa sesuka hati mereka. Tak ade orang kesah. Tapi cuba anda gunakan kamera kompak atau handset kemudian berdiri di depan khalayak ramai. Ternyata keluh kesah dibuatnya (cuba anda bayangkan apa yang orang ramai cakap pasal anda)...

Perlu atau tidak untuk menjadi photographer? Terpulanglah kepada anda. Tiada yang menghalang.


You Might Also Like :


2 comments:

Amir Izzat said...

saya nak jadi photographer..sekarang nie sedang kumpul duit...hehehe...

Zairul Ismail said...

he2..kumpul duit banyak2..ade lebih bagi kat aku ckit....bleh upgrade camera lagi..

Post a Comment