royalty free images

Saturday, October 16, 2010

Tips: Editing dalam dunia fotografi, sejauh mana kepentingannya?


7:52 PM |


  Semalam,salah  seorang rakan photographer bertanya kepada saya.."perlu ke edit gambar yang kita ambil ?"...susah juga ingin menjawab soalan seumpama itu kerana saya sendiri  edit juga sesetengah gambar. so, saya terdiam buat seketika, memikirkan apa jawapan yang paling bagus....



  Pada saya..minor edit itu dibolehkan dalam fotografi..tetapi janganlah terlalu melampau sehingga mencapai tahap super impose..maknanya the originality sesuatu gambar itu sudah hilang. Apa yang saya maksudkan dengan minor edit?..minor edit merupakan editing yang biasa sahaja, sebagai contoh Exposure, Darkness , Colour saturation, Crop dan sebagainya.Selalunya, beginner seperti saya tidak lepas dari edit gambar kerana selalu terdapat kesalahan-kesalahan yang dapat dilihat pada gambar yang diambil,so cara yang terbaik..ialah membuat correction semula di dalam komputer supaya gambar yang diambil tampak lebih menarik.
 
  Sekiranya anda ingin  menjadi seorang photographer yang baik,seboleh-bolehnya elakkan daripada mengedit gambar setelah ianya dicapture..tetapi biasakanlah diri dengan mencari composition yang memang menarik sebelum ianya dicapture lagi..cubalah shot objek dengan menggunkan angle yang berlainan dan jangan takut untuk mencuba cara baru..asah diri anda dengan pengalaman. Jet Fyyn,salah seorang wedding photographer terkenal di negara kita pernah berpesan kepada saya ketika bertanyakan soalan yang sama,katanya "Kita adalah fotographer,bukannya Photoshopping"...apa yang beliau maksudkan dengan PhotoShopping??? >> Photography + Photoshop <<

  Sebenarnya,gambar yang menarik dapat dicapture sekiranya minda anda peka terhadap persekitaran dan berfikiran agak kreatif.Gunakanlah keempat-empat element penting dalam fotograpy (aperture,shutter speed,ISO dan White Balance).Ada juga antara kita yang salah tanggapan,untuk mendapatkan gambar yang menarik,kita perlu memiliki kamera yang canggih,equipment yang mahal dan lens yang mahal...tetapi tanggapan ini tidak begitu benar kerana ada juga yang mampu menghasilkan gambar yang menarik dengan hanya meggunakan kamera kompak.Ini kerana,mereka memahami asas-asas yang saya nyatakan tadi...

Sekarang anda memiliki sebuah kamera DSLR yang agak canggih, yang mempunyai kebolehan untuk mengawal kesemua keempat-empat element  tadi, yang tinggal hanyalah bakat dan kreativity anda. Banyakkan mencuba,melihat gambar-gambar yang diambil oleh professional photographer,membaca tips dan tutorial bagaimana untuk mendapatkan gambar yang menarik, dan berkongsi pengalaman anda dengan yang lain..tetapi yang penting,jangan mudah mengalah..mencuba dan terus mencuba..semoga anda berjaya akhirnya..


You Might Also Like :


6 comments:

az ha d' said...

hehehe tq bos atas penerangan..aku ler yg tanya tu..hihih..semakin hari semakin menarik nk tau mcm2..di smping belajar sndiri..

Zairul Ismail said...

he2..nape ko mengaku? kantoi la..ok la,aku nak rehat jap..baru balik shot bebudak kat program OXCEL...nnti kalau ade ape2 yg menarik,share la kat cni..aku pun baru blajar jgk...

az ha d' said...

aku jujur pasal tu mengaku...lgpun org kg ko tk kenal aku pun hihihihih..

Anonymous said...

edit..pun seni jugak kan..tp sifu kata elakkan edit..so kena balance 2 perkara ni..

Zairul Ismail said...

betul...edit boleh..tapi jgn sampai jadi "super impose"..kalau x edit langsung, susah la nak buat efek seprti HDR kan..he2..

WA BEAUTY HQ said...

saya budak baru belajar..tolong tunjukkan...sy br jer beli nikon d5100... sy kurang pandai lg nk guna kmera ni utk mendapatkan pic yg cantik n real.... boleh gtau x cara gunakannyer?

Post a Comment