royalty free images

Saturday, October 2, 2010

Tutorial : Rule of Third


3:07 PM |

Pernah dengar ke benda nie? -"Rule of third". Ramai peminat DSLR atau photograper tak tahu apa yang dimaksudkan oleh "rule of third." Maklumlah, terlalu banyak rules yang perlu diikut, undang2 jalan raya, undang2 puak dan suku, undang2 syariah dan sivil malah ada juga yang kena follow undang2 isteri mereka. Malah "Rule of third" juga sudah tentunya tidak sama seperti undang-undang lampu isyarat (merah -berhenti, kuning-ready, hijau-jalan).
"Rule of third" adalah ilmu yang paling asas dalam dunia fotografi. Ianya diaplikasikan untuk menghasilkan foto yang lebih seimbang dan menarik.

Bagaimana caranya "rule of third" diaplikasikan?

Cuba anda bayangkan bagaimana membahagikan photo yang ingin dishot kepada 3 bahagian yang sama besar (3 bahagian secara menegak dan 3 bahagian secara melintang). So, kita dapat 9 bahagian kan?


Setiap kali ketika ingin 'shoot', pastikan anda membayangkan 9 bahagian ini kepada photo yang ingin di'shoot' melalui viewfinder atau LCD kamera anda.

1st step:
Tentukan supaya kesemua 4 bahagian penting daripada objek yang ingin di'shoot' berada di dalam frame.

2nd step:
Pastikan objek yang ingin di'shoot' berada pada salah satu titik persilangan yang dibayangkan tadi. Contohnya pada salah satu persilangan yang ditunjukkan dibawah ini.




Secara teorinya, meletakkan objek yang ingin di'shoot' pada titik persilangan ataupun di sepanjang garis yang telah dibahagikan tadi membuatkan foto yang di'shoot' lebih seimbang dan kelihatan lebih natural.

Kajian juga telah membuktikan bahawa mata manusia lebih cenderung untuk melihat kepada sudut-sudut yang telah dibahagi tadi berbanding di tengah-tengah gambar.
Gambar yang di'shoot' dengan mengaplikasikan 'rule of third' lebih senang dilihat dan tampak lebih menarik.
Antara contoh foto yang diambil menggunakan 'rule of third':





selamat mencuba....semoga BERJAYA!!!


You Might Also Like :


0 comments:

Post a Comment