royalty free images

Secret to getting sharp photos

Discover the secret to getting sharpest photos from the professional tips

Bersantai di Hutan Lipur Ulu Kenas,Perak

Lihat galeri gambar Air Terjun Ulu Kenas di sini....

Berkunjung ke Istana misteri,peninggalan Encik Kelly di Batu Gajah,Perak

Lihatlah aksi pengembaraan penuh misteri bersama photographer disini....

How to Compose Better Picture

Discover the new technique how to compose better picture

Apa itu shutter speed,ISO dan Aperture...

Discover the most sophisticated DSLR setting here...

Sunday, August 14, 2011

Salam Ramadhan buat semua....

Posted On 4:14 PM by Zairul Ismail 1 comments

 Salam Ramadhan buat semua umat islam dan 'photographer' yang beragama islam...moga-moga banyak 'shot' yang menarik dapat diabadikan didalam kad memori DSLR anda..

 Sudah pastinya banyak suasana menarik yang boleh di "shot" di sepanjang Ramadhan ini contohnya:

  1. Suasana semasa berbuka
  2. Bazar Ramadhan
  3. Juadah Berbuka puasa
  4. Masjid
  5. Anak-anak kecil 
  6. Suasana Solat terawih
  Jangan lepaskan peluang anda untuk mengabadikan susana-suasana ini kerana ianya hanya datang setahun sekali...Apa-apa pun, luangkan juga sedikit masa mendekatkan diri dengan YA Rabbi dibulan mulia ini.

Salam Ramadhan dari saya Zairul Ismail.

p/s: shot sana,shot sini, puasa jangan lupa..he2


Thursday, April 28, 2011

Canon-PhotoMalaysia Photo contest

Posted On 5:13 PM by Zairul Ismail 0 comments

Berita baik....PhotoMalaysia dengan kerjasama Canon Malaysia akan menganjurkan pertandingan fotografi yang bertema " OUR VANISHING TRADES (MALAYSIAN VANISHING TRADES)"...

Wayang kulit by Shiqin Lurker,PhotoMalaysia
Penyertaan bermula dari sekarang dan akan berakhir pada 31 May 2011. Keputusan Juri adalah pada June 2011....





Layari http://www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?t=161210 untuk maklumat lanjut.


Saturday, April 9, 2011

Nikon D5100

Posted On 12:02 PM by Zairul Ismail 1 comments

Setelah keluarnya nikon D3100 menggantikan Nikon D3000 dan Nikon D7000 menggantikan Nikon D90,kini Nikon melancarkan model terbaru kameranya yang menggantikan Nikon D5000 iaitu Nikon D5100.

Nikon D5100 dari segi fizikalnya kelihatan lebih kecil dan kompak jika dibandingkan  dengan Nikon D5000.Model yang baru dilancarkan ini juga disuntik dengan sedikit teknologi terbaru yang membezakannya dengan model terdahulu.

Nikon D5100 ini dilengkapi dengan 16.2MegaPixel CMOS sensor,Video berdefinisi Tinggi (Full HD) 1080p,Julat ISO yang lebih besar iaitu antara 100 hingga 25,600.

Full Time Auto Fokus mode pula diperkenalkan bagi memudahkan lagi pengguna ketika menggunakan mode video. Selain dari itu,kemera ini juga dilengkapi dengan 2 penerima isyarat IR (Infra Red) yang diletakkan dibahagian depan dan belakang kamera. Panel paparan LCD pula ditambah baik kepada 921K dot jika dibandingkan 230K dot sebelum ini dan kedudukan window swivel juga ditukar dan diletakkan dibahagian tepi seolah-olah seperti Camcorder.

Selain dari perubahan itu,Nikon D5100 ini juga didatangkan dengan fungsi kesan khas yang sudah terdapat didalam kamera yang sedikit sebanyak membantu anda menambahkan kreativiti. Sekiranya anda berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut silalah layari laman web Nikon Malaysia atau kunjungi mana-mana cawangan Nikon di seluruh negara kerana D5100 telah dilancarkan secara rasminya pada 05/04/2011 yang lalu.

Nikon D5100 from Nikon Malaysia


Thursday, March 17, 2011

Dilemma seorang peminat seni fotografi....

Posted On 11:07 PM by Zairul Ismail 6 comments

 Setelah hampir setahun aku terjun ke bidang fotografi, sekarang aku seolah-olah hilang arah tuju apabila mengambil keputusan untuk menjual kamera Nikon D3000...hajat di hati  hendak 'Upgrade'.Tetapi sampai sekarang tidak terbeli...pelbagai faktor bermain dikotak fikiran, kalau dulu semua benda nie tak pernah diambil kesah tetapi sekarang semuanya menjadi begitu penting.

Argh!!!...buntu. Fikiran bertambah celaru bila Nikon mengeluarkan D7000,tetapi duit pula tidak terjangkau...mana nak cari RM4K.Bila difikirkan balik, tak berbaloi menghabiskan duit beribu-ribu ringgit semata-mata untuk hobi.Sebagai seorang student,sudah tentu benda nie tak masuk akal...mampukah aku menabung dengan duit scholarship sehingga mencecah angka 4K???..mustahil.

D90 pilihan kedua,adik kepada D7000. Sudah lama ia berada dipasaran,harganya pun agak mampu aku miliki 2.3K untuk body sahaja, dapat body pun cukuplah..memang itu aku mahukan - built in auto focus sensor. Disebabkan nikon D3000 aku tak ada built in auto focus sensor lah aku menjualnya...tetapi tak bermakna Nikon D3000 tu tak bagus..gambar-gambar yang aku snap daripada D3000 pun agak cantik..

Pening...sebab terlalu banyak DSLR dipasaran, semuanya ada pro and cons..tak ada yang perfect dan mampu dimiliki oleh seorang student yang tak berduit macam aku nie...

Canon...tak bayak bezanya antara Nikon dan Canon. Perlukah aku beli DSLR Canon??? Canon agak murah dari segi lens nye jika dibandingkan dengan Nikon. Tetapi aku tak berapa minat dengan design kameranya yang nampak simple...

Tolong....sesiapa yang mempunyai jiwa fotografi tolong lah aku..ha2..aku buntu. Ade jer member yang ajak main SLR film..tapi, aku tak berapa minat sebab costnya agak tinggi walaupun kameranya dah tak sampai Rm500 kat pasaran 2nd hand...

Buat masa terdekat,aku teruskan minat fotografiku ini dengan meng'edit' gambar-gambar  yang pernah dishoot  dengan Nikon D3000. Tunggu lah ketibaan Gallery TrueDSLR.com yang akan dilancarkan nanti..sekadar pengubat rindu kepada peminat TrueDSLR.com. Blog ini juga akan di'update' lagi dengan bahan-bahan bacaan dan tips-tips yang lain...ilmu jika dikongsi,tak akan hilang.  Tunggulah ketibaan DSLR ku yang baru nanti...SALAM.