royalty free images

Saturday, October 23, 2010

Tips:Composing better picture


11:26 PM |

Try to use your fingers to compose your image.

Tips kali ini adalah pelengkap tutorial Rule of third yang pernah saya nyatakan sebelum ini. Dengan perkembangan yang pesat dalam teknologi fotografi,boleh dikatakan setiap orang mempunyai kamera..tak kiralah kamera telefon,kompak mahupun DSLR.Namun,kita selalu terlepas pandang dalam cara-cara menangkap gambar yang baik.

Kehadiran Teknologi Auto focus,exposure control dan sebagainya telah membuatkan sesetengah dari kita lebih senang mengambil gambar tatapi kita lupa akan cabarannya. Apa yang menjadi cabaran besar dalam dunia fotografi ialah bagaimana untuk menghasilkan gambar yang mempunyai makna disebaliknya, yang mampu menyentuh hati para pelihatnya.Susah kan???.

Setiap suasana mempunyai emosi dan cerita tersendiri. Ini antara tips-tips yang boleh digunakan untuk mengekalkan 'emosi' tersebut.


Anda jadilah Pengarah
Ruangkan masa beberapa minit untuk compose gambar yang ingin ditangkap supaya apa yang ingin disampaikan kelihatan lebih jelas.Kawal 'kanvas' anda, props, ataupun  angle to shot untuk menambahkan lagi contact  antara subject dengan viewer.

Fokus kepada subject
Elakkan daripada terlalu bayak objek didalam frame yang ingin dicapture.Hal ini boleh mengelirukan viewer, apakah sebenarnya yang ingin disampaikan.Seboleh-bolehnya,fokus kepada subjek anda dan blurkan background.
Subject tampak lebih menarik dan jelas

Elakkan daripada meletakkan subject ditengah-tengah frame
Kesalahan yang paling ketara dalam dunia fotografi.Meletakkan subject ditengah-tengah frame membuatkan image anda kelihatan membosankan.Hal ini boleh dielakkan dengan menggunakan Rule of third.
image kelihatan boring kan?

Apa di belakang subject?
Sebelum menangkap gambar,kenal pasti background subjek anda.Elakkan daripada background yang complicated  kerana hal ini akan mengalihkan pandangan viewer daripada subject anda. Seboleh-bolehnya carilah background yang soft atau gunakan aperture yang besar,f 3.6-f 1.4 untuk membuatkan background kelihatan blur.
Texture kayu (background) yang halus dan lembut memberikan "seri "kepada subject anda

Go vertical
Ada kalanya gambar yang diambil akan tampak lebih menarik sekiranya vertical (portrait) berbanding horizontal (landscape). Jadi, berhati-hatilah ketika membuat framing...sesekala.cubalah menangkap gambar secara menegak..lebih-lebih lagi sekiranya subject anda adalah manusia atau bangunan pencakar langit.



Angle yang berlainan
Jangan takut untuk mencuba angle yang baru..sekali-sekala cubalah cara yang berlainan; tangkap gambar dari lantai,berdiri di atas kerusi mahupun jika terpaksa memanjat pokok.Angle yang berlainan akan membuatkan gambar yang diambil lebih menarik.
contoh angle  daripada atas subject

Berhati-hati dengan frame
Terutama sekali ketika menangkap gambar subject yang sedang bergerak.Cara yang terbaik ialah meletakkan subject anda ditengah-tengah frame, supaya ianya tidak terpotong atau terkeluar dari frame.

Leave something to the imagination.
Tidak semua gambar yang diambil perlu kelihatan terang dan jelas.Sesetengah gambar akan kelihatan lebih menarik sekiranya blur.Untuk mendapatkan image yang seakan-akan blur ini,anda cuba alihkan sedikit fokus daripada subject,cuba fokus kepada mana-mana objek yang berada jauh dibelakang subject anda.Jika anda menggunakan  DSLR,lebih senang anda menggunakan manual focus.




You Might Also Like :


0 comments:

Post a Comment