royalty free images

Saturday, October 2, 2010

Sebab kenapa anda perlu memiliki kamera DSLR


5:33 PM |

1.Kualiti Gambar
Kamera DSLR memiliki image sensor yang besar yang membolehkan ia menangkap gambar dengan saiz yang besar (high resolution pixel) - DSLR pada asasnya juga mampu menggunakan ISO yang tinggi yang mampu meningkatkan kelajuan shutter speed, hal ini membolehkan gambar ditangkap dengan cepat disamping mengurangkan noise. Sebagai contoh, kualiti gambar yang ditangkap dengan menggunakan kamera DSLR pada ISO1600 adalah lebih baik berbanding pada ISO1600 pada kamera kompak). Kamera DSLR juga dilengkapi dengan fungsi noise reduction di mana ianya mempunyai keupayaan mengurangkan noise ketika memproses image JPEG.


2.Adaptability
Keupayaan kamera DSLR dengan ciri lens yang boleh ditukar membuatkan photographer lebih teruja jika dibandingkan dengan kamera kompak dimana lensnya adalah fixed dan mempunyai keupayaan terhad (3x optical zoom). Keupayaan kamera DSLR yang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis lens berkualiti juga menjadikan ia pilihan tepat kerana photographer boleh memilih lens yang sesuai dengan keadaan scene yang hendak di'shoot'. Di samping itu, kamera DSLR juga mempunyai pelbagai aksesori yang boleh dipadankan mengikut keadaan semasa. Oleh itu, semua keupayaan yang ditawarkan ini membolehkan photographer memperoleh hasil gambar yang lebih berkualiti mengikut apa yang mereka dambakan.


3.Kelajuan
Kamera DSLR menawarkan ciri start-up, focusing dan shutter lag yang lebih laju berbanding kamera kompak.


4.Optical view finder
Dengan adanya optical view finder, kamera DSLR membolehkan anda menangkap apa yang anda lihat.


5.Julat ISO yang besar
Setiap kamera DSLR dilengkapi dengan julat ISO yang besar. Namun julat ini adalah berbeza mengikut model yang ditawarkan. Julat ISO yang besar membolehkan kamera DSLR sesuai digunakan dalam semua keadaan cahaya.


6.Manual Control
Manual control membolehkan pemilik DSLR menghasilkan gambar mengikut setting yang diiginkan, selalunya manual setting digunakan untuk menghasilkan gambar yang kreatif. Ciri seperti ini jarang wujud pada kamera kompak.


7.Nilai berkekalan
Setelah anda memiliki sebuah kamera DSLR, anda tidak perlu risau tentang harga kamera anda akan jatuh mendadak. Hal ini kerana, pengenalan model baru kamera DSLR adalah agak perlahan berbanding kamera kompak. Selain itu, kamera DSLR juga lebih senang dijual walaupun ianya sudah digunakan (2nd hand). Menariknya, lens yang dibeli untuk kamera DSLR lama anda masih boleh digunakan pada model yang agak baru kerana selalunya developer masih menggunakan lens mount yang sama. Jadi, anda mampu berjimat sekiranya ingin 'upgrade'.


You Might Also Like :


0 comments:

Post a Comment