royalty free images

Saturday, October 16, 2010

News: Jumlah lens yang dikeluarkan NIKON telah mencecah 55 Juta


8:12 AM |

Tokyo-Nikon Corporation dengan sukacitanya mengumumkan  pada August 2010, jumlah keseluruhan lens NIKKOR , interchangeable lenses untuk Kamera SLR Nikon telah mencecah 55 juta. Jumlah keseluruhan bagi lens NIKKOR yang dilengkapi dengan Silent Wave Motor (SWM) dan autofocus  pula telah mencecah angka 20 juta. 





Time line : 55 Juta Lens Nikkor

Nikon ( Nippon Kogaku K.K.) telah melancarkan lens NIKKOR untuk kamera SLR Nikon seawal tahun 1959, antara lens terawal yang diperkenalkan ialah NIKKOR-S Auto 5cm f/2, pada tahun yang sama juga kamera  SLR Nikon yang pertama diperkenalkan, iaitu Nikon F. Semenjak setengah abad dipasaran, lens NIKKOR  telah diterima baik peminat fotografi dan professional photographers. Jumlah keseluruhan lens NIKKOR telah mencecah angak 55 juta  sejak August 2009 ,jumlah tersebut semakin meningkat saban tahun sehingga kini.
Kemera SLR NIKON F adalah kamera yang pertama dihasilkan NIKON pada tahun 1959

Time line: 20 Juta Varian Lens Nikkor SWM (Silent Wave Motor)


Variasi Silent Wave Motor, atau ringkasnya SWM, merupakan salah satu motor autofokus ultrasonic ( ultrasonic autofocus motor) yang dicipta oleh  Nikon. Nikon  SWM menukarkan "traveling waves" kepada  rotational energy untuk membantu mekanisma optic untuk fokus . Semua lens AF-S NIKKOR dilengkapi dengan fungsi  SWM mampu memberikan auto fokus yang licin,senyap dan selesa.Antara lens yang Nikon perkenalkan dengan ciri  SWM ialah Lens Ai AF-S Nikkor 300mm f/2.8D IF-ED, yang diperkenalkan pada tahun 1996. Setelah 14 tahun berada dipasaran, jumlah keseluruhan lens NIKKOR dengan ciri SWM telah mencapai jumlah  20 juta unit.
Semanjak diperkenalkan, ciri SWM telah dibina ke dalam 54* jenis lens yang berbeza, bermula dari ultra wide-angle ke super telephoto DX- dan FX-format lenses, zoom lenses, and micro lenses. Semenjak  2007, lebih daripada 90% lens NIKKOR telah dilengkapi dengan ciri SWM.
* jumlah keseluruhan lens NIKKOR yang dilengkapi dengan SWM semenjak diperkenalkan(Data pada September 15, 2010)



You Might Also Like :


0 comments:

Post a Comment