royalty free images

Thursday, December 30, 2010

PART 1:Secret to getting sharp photos


1:03 PM |

DSC_4164

  Mendapatkan gambar yang jelas dan tajam sudah menjadi idaman bagi setiap photographer....gambar yang sharp menambahkan lagi aura gambar,membuatkan tekstur-tekstur yang halus dan menarik jelas kelihatan..menaikkan lagi kontras antara background dan object anda.Selalunya ramai yang teruja melihat gambar yang begitu sharp di dalam majalah-majalah photography mahupun yang terpampang di dinding-dinding galeri.Di sini saya kongsikan beberapa tips yang perlu diikut untuk mendapatkan gambar yang sharp dan jelas.


1.Gunakan Tripod.

  Penggunaan Tripod mampu mengurangkan sebarang gegaran pada kamera anda.Tripod amat penting bagi mendapatkan gambar yang begitu jelas. Tidak hairanlah kenapa ramai photographer yang terkenal selalu membawa Tripod bersama-sama kamera mereka tidak kira dimana mereka berada.Walaupun kelihatan agak rumit,tetapi ianya sudah menjadi keperluan yang tidak perlu dinafikan lagi. Sekiranya anda ingin membeli Tripod,saya cadangkan anda membeli Tripod yang super stable,yang tidak bisa bergoyang walaupun sedikit.Carilah Tripod yang agak berkualiti,yang agak berat dan mampu menampung berat kamera anda.Selalunya,Tripod yang mahal seperti Benro,Manfrotto dan Gitzo menawarkan ciri-ciri yang saya nyatakan ini.Sekirnya anda imembeli Tripod,janganlah terkejut sekiranya Tripod anda tidak didatangkan dengan Quick Release ataupun apa-apa jenis mount kerana kebayakkan Professional Tripod tidak didatangkan dengan mounting kit.Jadi,anda perlulah mendapatkan mounting kit yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda.saya syorkan supaya anda dapatkan ballhead mounting kit kerana ianya senang diputarkan untuk mendapatkan pelbagai sudut yang sesuai.Ballhead boleh diputarkan hampir 360 darjah pada semua sudut,meliputi hampir 100% sudut-sudut yang diperlukan dalam fotografi.

2.Don't press shutter (Use Cable Release).

  Sedikit gegaran sahaja sudah mampu membuatkan anda hilang segala-galanya,hasilnya..satu foto yang agak kabur dan tidak begitu jelas.Elakkan daripada menekan Shutter button itulah penyelesaiannya.Mungkin kebanyakkan dari kita tidak sedar yang menekan shutter button mampu menghasilkan gegaran yang cukup untuk membuatkan gambar tidak jelas.Seboleh-bolehnya,gunakan Cable release bagi tujuan ini.Penggunaan cable release mampu mengurangkan gegaran kepada tahap yang paling minima kerana yang menghubungkan anda dan kamera hanyalah satu cable yang begitu halus.Tetapi,dengan kepesatan teknologi hari ini,terdapat shutter release yang tidak menggunakan wayar (wireless release button).Pada pandangan saya,wireless release button merupakan pilihan yang paling  tepat bagi tujuan ini kerana tiada langsung bahagian yang menghubungkan antara anda dengan kamera.Maka,tahap gegaran boleh dikatakan zero.Sekiranya anda ingin membeli shutter release button,saya syorkan supaya anda mengenal pasti jenis model yang sesuai dengan kamera anda..pastikan juga jenis batteri (bagi wireless shutter release button) senang didapati di pasaran.

3.Tiada @ terlupa Cable Release?.Gunakan Self timer.

 Kebayakkan DSLR hari ini dilengkapi dengan ciri-ciri self timer.Penggunaan self timer juga mampu megurangkan gegaran semasa mengambil gambar.Gunakan setting masa yang sesuai dengan suasana yang anda ingin shoot.Jangan set kan timer terlalu lama atau terlalu cepat..saya selalunya menggunakan setting selama 5 saat...Setting yang terlalu lama membuatkan kita bosan menunggu dan yang paling merugikan ialah apa yang ingin dirakamkan itu telah beralih dari lensa kamera.

4.Turn off VR (Vibration Reduction or IS)

  Kebayakkan lens hari ini didatangkan dengan ciri-ciri Vibration Reduction atau dalam bahasa lainnya pengurangan gegaran.Vibration Reduction (VR) pada lens Nikon atau Image Stabilizer (IS) pada lens Canon bertujuan untuk mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar.Selalunya mode ini digunakan semasa mengambil gambar tanpa menggunakan tripod.Secara umumnya teknologi VR digunakan untuk mengesan sebarang gegaran kecil yang selalunya terhasil oleh tangan dan menghasilkan satu gegaran yang kecil yang berlawanan dari arah gegaran yang terhasil bagi mengoptimumkan gegaran pada lens supaya gambar yang diambil kelihatan jelas.Tetapi,sekiranya menggunakan tripod; keadaan dimana tiada langsung gegaran dengan mode VR diaktifkan (On), sistem VR ini masih mencari gegaran,walaupun tiada gegaran berlaku,lens masih lagi menghasilkan gegaran tindak balas...hal ini akan membuatkan gambar yang diambil tidak begitu jelas.


Dapatkan sambungan tips ini pada entri yang akan datang...


You Might Also Like :


0 comments:

Post a Comment