royalty free images

Secret to getting sharp photos

Discover the secret to getting sharpest photos from the professional tips

Bersantai di Hutan Lipur Ulu Kenas,Perak

Lihat galeri gambar Air Terjun Ulu Kenas di sini....

Berkunjung ke Istana misteri,peninggalan Encik Kelly di Batu Gajah,Perak

Lihatlah aksi pengembaraan penuh misteri bersama photographer disini....

How to Compose Better Picture

Discover the new technique how to compose better picture

Apa itu shutter speed,ISO dan Aperture...

Discover the most sophisticated DSLR setting here...

Saturday, November 13, 2010

Tips: setting ISO yang sesuai mengikut suasana

Posted On 1:46 PM by Zairul Ismail 1 comments

Tips kali ini merupakan sambungan bagi entri Apa itu Aperture, Shutter Speed dan ISO?
Di sini beberapa setting ISO  yang sesuai untuk diaplikasikan mengikut  suasana  dan keadaan kemalapan cahaya.   

  • ISO100 - Sesuai untuk Outdoor,dimana keadaan cahaya yang agak terang.
  • ISO200 - Sesuai untuk Outdoor,dimana keadaan cahaya agak malap contohnya pada waktu petang.
  • ISO400 - Sesuai untuk Indoor,dimana kurang pencahayaan atau setting ini boleh digunakan untuk mendapatkan shutter speed yang laju pada focal length yang panjang.
  • ISO800 - Sesuai untuk pencahayaan yang kurang,untuk mendapatkan shutter speed yang laju pada focal length yang panjang.Noise(Bintik-bintik  kecil atau grain pada gambar) mula terhasil.
  • ISO1600 - Sesuai untuk pencahayaan yang amat kurang,dengan menggunakan setting ini noise lebih senang kelihatan pada gambar.
  • ISO3200 - Sesuai untuk keadaan dimana hampir tiada cahaya atau suasana gelap.Terlalu banyak noise yang terhasil dengan setting ini (Bergantung kepada jenis kamera,saiz sensor, dan jenis pemprosessan yang dilengkapkan pada kamera anda) 


Wednesday, November 10, 2010

News:Jom sembang section

Posted On 2:07 PM by Zairul Ismail 4 comments

Kepada pelawat tegar True-DSLR.com....sekarang anda bolehlah menggunakan "sembang section yang terletak di bahagian atas sebelah kiri page. Untuk mengelakkan spamming,section ini memerlukan anda "sign in" ke akaun facebook anda terlebih dahulu sebelum bersembang...selamat bersembang.



tulus ikhlas dari:Admin True-DSLR.com (M zairul)


Activity:Ulu Kenas,Kuala Kangsar,Perak

Posted On 11:00 AM by Zairul Ismail 5 comments

Hutan Lipur Ulu kenas,terletak lebih kurang 14Km dari Bandar DiRaja Kuala Kangsar atau lebih kurang 13 minit perjalanan.Hutan Lipur ini kaya dengan sumber flora dan fauna dan menjadi salah satu tempat menarik untuk bersantai bersama keluarga kerana keadaan air terjun yang agak landai dan sesuai untuk bermandi-manda...


Sunday, November 7, 2010

Activity:Outing Bersama Photographer ke Kellie's Castle

Posted On 3:07 PM by Zairul Ismail 3 comments

   Semalam,6/11/2010...saya bersama 3 rakan dari UTP (Universiti Teknologi Petronas) buat pertama kalinya (setelah 3 tahun belajar di UTP) berkunjung ke Istana peningalan Mr Kelly yang terletak di pekan Batu Gajah walaupun ketika itu hujan turun agak lebat.Berbekalkan 3 buah kamera DSLR,satu tripod dan 4 keping tiket berharga RM4 misi outing kami berjaya mendapatkan beberapa keping gambar yang agak menarik.Antaranya ialah:

Kellie's Castle:Istana peninggalan penuh misteri


Saturday, October 30, 2010

Tips:Jom belajar Exposure

Posted On 9:32 AM by Zairul Ismail 1 comments

Salah satu Exposure Triangle yang senang difahami
  Exposure control merupakan salah satu elemen didalam dunia fotografi yang seharusnya tidak dipandang enteng.Kemahiran mengawal exposure membolehkan anda bertukar dari mode auto kepada mode manual.Belajar fotografi juga ibarat orang yang sedang belajar memandu kereta,terdapat 3 benda yang perlu dilakukan dengan tepat iaitu Clutch.Brake dan Throttle.Ketiga-tiga benda ini perlu diselaraskan mengikut keperluan dan keadaan pemanduan supaya pemanduan bergerak lancar.

  Berbalik kepada dunia fotografi,terdapat 3 elemen utama yang perlu diambil perhatian,iaitu Shutter speed,ISO dan aperture.Ketiga-tiga benda ini tidak ubah seperti analogi memandu kereta yang telah saya nyatakan tadi.Setiap satunya perlu diaplikasikan dengan tepat untuk menghasilkan exposure yang bagus.


Friday, October 29, 2010

My Best SHOOT oCT 2010....

Posted On 4:36 PM by Zairul Ismail 3 comments



Saturday, October 23, 2010

Tips:Composing better picture

Posted On 11:26 PM by Zairul Ismail 0 comments

Try to use your fingers to compose your image.

Tips kali ini adalah pelengkap tutorial Rule of third yang pernah saya nyatakan sebelum ini. Dengan perkembangan yang pesat dalam teknologi fotografi,boleh dikatakan setiap orang mempunyai kamera..tak kiralah kamera telefon,kompak mahupun DSLR.Namun,kita selalu terlepas pandang dalam cara-cara menangkap gambar yang baik.

Kehadiran Teknologi Auto focus,exposure control dan sebagainya telah membuatkan sesetengah dari kita lebih senang mengambil gambar tatapi kita lupa akan cabarannya. Apa yang menjadi cabaran besar dalam dunia fotografi ialah bagaimana untuk menghasilkan gambar yang mempunyai makna disebaliknya, yang mampu menyentuh hati para pelihatnya.Susah kan???.

Setiap suasana mempunyai emosi dan cerita tersendiri. Ini antara tips-tips yang boleh digunakan untuk mengekalkan 'emosi' tersebut.